Sahabat

Halaman

06 Disember 2014

Nak Sambung Belajar

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 06, 2014

Assalamualaikum wbt...

Tetiba je mood nak sambung belajar datang.. haha! memang lah dulu aku pernah mohon untuk sambung ambik pjj kat USM, tapi bila dah diterima aku pula terpaksa tolak sebab mengandung anak kedua. Excited masa mengandung tu sebab jarak anak pertama dengan kedua tu tujuh tahun beza. Takut tak dapat nak bagi tumpuan, terpaksa la aku tolak.

Tahun ni aku cuba mintak sekali lagi. Tapi permohonan tidak diterima. Padanlah dengan muka aku kan... haha! Padahal aritu boleh je kalau nak sambung walaupun tengah mengandung.. awal2 lagi kut. pastu pandai2 le kalau nak cuti satu semester ke kan.. tapi nak buat camana.. benda dah lepas...

Semalam my good friend whatsapp. Mak aih. Berlagak. Nak sambung master pulak. Siap sent kat aku borang permohonan untuk sambung master tu.. eleh.. baru mohon je pun, belum tentu dapat (bercakap dengan nada yang penuh hasad dan dengki- haha!) Tetiba je kan semangat aku datang untuk mohon sambung degree walaupun dah sedikit terlewat... yerla.. sebenarnya memang dah lama pun nak sambung, cuma masa tak mengizinkan. kadang kadang rasa menyesal kenapa dulu aku tak settle kan sekali masa lepas abis diploma. Kalau tak, sekarang ni tak payah nak bersusah payah dah.. ingat lagi, sepupu aku merangkap lecturer finance aku siap datang rumah untuk pujuk aku sambung degree.. tapi masa tu dah gatal sangat nak kerja.. pegang duit sendiri la konon... memang tak termakan la pujukan dia..

Ok. aku rasa memang USM dah blacklist nama aku sebab aku tolak sebelum ni. So aku cuba mintak sambung kat UTM pulak. Harap2 dapat la.. Cuma aku tak pasti sebab diploma aku tu dah berzaman dah. Berlapok. Laku lagi ke tak agaknya.. hahaha! Yang paling penting, dengan penuh harapan semoga aku masih lagi layak untuk transfer credit bagi mana2 subject yang berkenaan tu. Kurang sikit bebanan ku nanti.. hehe!



Oklah...

Tu jer nak cerita... Malas nak bagitau my good friend yang berlagak tu yang aku mohon sambung degree. Confirm kena gelak jahat. Nyampah! mentang2 dia dah lepas. Aritu sempat dia tunjuk scroll dia kat aku dan cakap "ko aderrrrr?"

huh! poyo!
hahahah!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review