Sahabat

Halaman

18 Mac 2015

Yong Tau Fu @ Pasar Malam Subang Perdana

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 18, 2015

Assalamualaikum wbt...

Ni kisah Jumaat lepas. Bukan niat nak malukan atau jatuhkan bisnes sesiapa.. tapi kita sebagai pembeli kena sentiasa hati2 dengan peniaga yang macam ni... sekadar peringatan di masa hadapan...

Aku memang biasa beli yong tau fu kat pasar malam... tapi ni kali pertama aku beli yong tau fu kat peniaga ni...

Aku ambik sosej jumbo seketul (RM3)
Satu Tauhu Kering  (RM1)
Dim Sum - seketul (RM1)
Kangkung - 3 ikat (biasa aku beli kat mana2 pun kangkung seikat RM0.50)

Total RM10.

Wow!

So aku terus tengok tanda harga kat setiap bakul untuk apa yang aku ambil... bila dia nampak aku tengah mengira, terus je cepat2 dia cakap kangkung seikat RM2.. mak aihhhh mahalnyaaaa!! seikat RM2??? maksudnya aku ambik 3 ikat, total untuk kangkung yang tak seberapa tu jer RM6??? sambil bayar, aku cakap dengan dia, mahalnyaaaa....

Dengan muka tak puas hati, aku pusing pergi tengok gerai yong tau fu yang lagi satu.. gerai yang ni memang dia ada kain rentang yang tulis harga setiap jenis apa yang kita ambil.. Kangkung = RM0.50 seikat. tak puas hati lagi aku pergi jumpa semula peniaga tu..

aku tanya dia, nak confirmkan betul ker harga kangkung tu RM2 seikat. dengan tergagap2 dia jawab, "ya". Aku kata apsal kat gerai satu lagi cuma RM0.50 je seikat??? kenapa kat sini mahal sangat (kalau RM1 pun aku tak kisah sangat).. dia kata... "Oh.. mungkin dia dapat supplier yang bagi harga murah, kami dapat yang harga mahal"

Semalam aku pergi pasar malam tempat lain.. dan macam biasa aku beli yong tau fu (gerai peniaga lain) Sebelum beli aku tanya dulu, kangkung seikat RM berapa? dia jawab 5 kupang..  so.. memang purata orang jual seikat kangkung RM0.50 seikat. Tapi entah camana satu gerai tu boleh jual RM2 seikat..






Setelah di congak2, aku rasa peniaga tu main hentam jer letak harga. Yerla.. biasanya orang tak kira pun berapa yang dia ambik. Sebab orang yang sebelum aku tu pun dia caj RM10 jugak. Aku pun sebelum ni kalau beli yong tau fu tak pernah kira berapa RM semua sekali. Dan biasanya memang berbelas2 ringgit la. Yang ni mungkin sebab aku tak banyak ambil, then baru aku perasan yang harga tu tak berbaloi dengan apa yang aku ambil...

Kenapa aku kata dia main hentam je letak harga?

Let say.. kalau betullah harga kangkung tu RM2 seikat...

Sebatang sosej jumbo RM3
Sekeping Tauhu Kering  RM1
Sebiji Dim Sum  RM1
3 ikat kangkung RM6

Total RM yang aku perlu bayar adalah RM11, bukan RM10...

bila dia tengok aku mengira apa yang aku ambil, cepat2 dia kata kangkung RM2.. ermmmmmmmm... jenis peniaga nak cepat kaya ni... ni baru sorang.. bayangkan kalau ramai yang terkena macam aku dalam satu hari... memang cukup setahun boleh beli lori secara cash! huh!

Ok sekian..

(masih muka tak puas ati lagi nih!)


3 comments:

Fatin Wawa berkata...

memang ramai je peniaga macam ni.. cekik darah.. boikot je gerai mcm ni.. mmg melampau peniaga skrg ni.. kalau berniaga pun menipu mcm mana rezeki nak berkat..

Dalia Hassan berkata...

Ha ah.. itula.. lepas ni memang tak la beli kat situ lg.. boikot.. boikot.. hehe!

Tanpa Nama berkata...

mmg ramai yg cekik darah.....ade beli sekali tu kuah cair

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review