Sahabat

Halaman

21 April 2015

Diet Atkins : Eh! Dah Kurus!!

By Dalia Hassan at Selasa, April 21, 2015

Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam dah masuk 3 bulan aku ikut program diet Atkins. Walaupun selalunya aku ke laut, cheat situ sana sini namun memang nampak perubahannya. Kalau ikutkan, hanya bulan pertama saja aku ikut landasan yang betul. Selepas sebulan, memang aku cheat hari-hari. Betullah kata otai DA, jangan sekali-kali kita cheat dalam ber DA... sekali kita cheat, memang hari - hari pun kita nak cheat juga. Dan memang betul apa yang diperkatakan... dah terbukti pun...

Dalam tempoh 3 bulan aku ber DA ni, Alhamdulillah (walaupun selalu cheat) berat badan aku dah turun sebanyak 16.1kg. Baju2 pun aku terpaksa cari baju lama yang dah simpan dalam kotak. Ramai juga yang dah tegur aku nampak kurus.

"Eh! Dah kurus !!!!

Alamak! Sebenarnya aku malu bila ramai yang tegur aku kurus... sebabnya... aku belum sampai tahap kurus lagi tau... aku cuma susut sikit jer... overweight lagi ni.. jauh lagi perjalanan nak sampai ke tahap kurus tu... tapi aku target sebelum raya aku sempat kurus. Tapi agak2 kalau aku hari2 cheat, sampai ke matlamat aku nak kurus sebelum raya ni??? ishhhh... insaflah dalia weh....

Ok. Nak cerita sikit macamana aku bersemangat nak turunkan berat badan padahal dah lama juga la aku tahu pasal Atkins ni... Sebelum ni aku tak kisah pun orang nak kata aku gemuk ke, montel ker, chubby ke, atau apa2 panggilan yang sewaktu dengannya... yang penting aku happy dan aku sentiasa bersenam / bersukan walaupun badan aku berisi. Stamina?? aku rasa aku lebih berstamina daripada budak2 bujang yang lain. Kalau ada larian anjuran tempat keje aku (2 minggu sekali ada program gaya hidup sihat), aku mesti join. Aku tak rasa berat badan aku waktu tu membebankan sebab aku masih aktif dalam banyak perkara.

Cuma pada hujung Disember 2014, masa tu aku balik kampung kat Segamat. Tak pernah-pernah mak aku tegur pasal berat badan aku, tapi hari tu mak aku tegur. Mak kutuk kata aku gemuk. Issshhhh sedih tau. Orang lain kutuk aku, aku tak kisah pun... tapi bila mak yang kutuk, sentap sampai ke lubuk hati yang paling dalam.. hahaha! serius! masa tu aku tengah makan... bila mak cakap macam tu, aku terus tinggalkan makanan yang aku tengah makan tu, pergi basuh tangan pastu aku berkurung dalam bilik sampai la ke Maghrib. Merajuk. Masa tu ramai gak yang tukang pujuk. Abah, abang, anak2 buah. Kalau diingat2kan memang kelakar sangat. Yerla.. sebelum ni mana aku pernah merajuk dengan diorang... memang tak pernah... marah pun aku tak pernah tau.. tu yang bila aku merajuk, masing2 jadi kelam kabut. Bila aku buka je pintu, semua serbu masuk dalam bilik aku.. haha!

Lepas kejadian tu la, memang aku nekad nak kuruskan badan. Cuma aku tak terus buat DA secara mendadak. Aku kumpul dulu maklumat tentang DA. Bila aku dah betul2 bersedia baru aku mulakan. Dan Alhamdulillah... walaupun jauh lagi untuk sampai ke berat ideal, sekurang-kurangnya dah mula nampak perubahan. Syukur...

Bila ramai yang menegur dan tanya aku, produk apa yang aku guna, dengan bangga aku akan jawab, Diet Atkins. kalau boleh aku nak share dengan kawan2 agar kami sama2 saling memberikan sokongan dan semangat untuk menurunkan berat badan. Cantik dan sihat bersama2. In Shaa Allah....

Dan sekarang ni, aku tengah mengumpulkan semula kekuatan untuk membuat semula induction dalam DA. Dah lama sangat aku ke laut... dah sampai masa aku kembali ke darat, meneruskan di landasan yang betul..

Ok. Tu jer aku nak cerita...
Sekian....

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!




2 comments:

shahazrin berkata...

akak...share la ngan saya macam mana nak kurus macam akak.. saya dah search tapi x paham la.. akak jdi cikgu saya eik pls....

Dalia Hassan berkata...

Boleh je azrin.. nanti bila2 dtg tmpat akak bawak pendrive sekali.. ada nota skit ni bleh amik.. cuma semangat kena kental skit la.. tapi In Shaa Allah boleh...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review