Sahabat

Halaman

27 Januari 2016

Langkawi : Parasailing

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016
Assalamualaikum wbt...



Nak cerita sikit tentang pengalaman aku ber parasailing di Langkawi tempohari. Sebenarnya dah lama aku nak cuba, tapi tak berkesempatan. Memandangkan kali ni aku ada kerja sikit dan terpaksa ke Langkawi, so aku gunakan kesempatan yang ada ni untuk ber parasailing. Lagipun sekarang ni tengah cuti semester, so gunakan masa yang ada dengan cuti cuti Malaysia. Yeahhhh!



Sebelum ke sana, banyak juga aku minta bantuan dari pakcik google tentang aktiviti ni. Dan rata2 mencadangkan untuk mencari harga yang terbaik memandangkan harga berbeza antara agen agen yang ada.



Kebetulan, aku terjumpa satu pakej yang boleh dikira amat murah. RM50 seorang. Tapi masa yang diperuntukkan hanya 5 minit jer. jadilah kan? sekadar percubaan kali pertama. kalau ambil lama lama takut pengsan pulak kat atas tu. tak ke naya??? haha!



Memandangkan aku takder GoPro mahupun Yicam untuk ambil gambar pemandangan dari atas, so aku bawak la kamera buruk aku si pinky canon tu untuk membantu aku di atas sana... kenapa aku pilih si pinky canon? sebabnya in case kalau terjadi apa2 kat kamera tu takder la aku ralat sangat... kut2 terjatuh dalam laut ke... apa ker... kalau aku bawak henpon atau canon aku yang lagi satu tu, apa2 terjadi confirm aku menangis. Dan percaturan aku tepat. Sah2 aku landing dalam air. Habis basah si pinky canon aku tu... cepat2 aku keluarkan memory card, takut rosak... dan si pinky canon aku merajuk sampai ke hari ni... tak nak hidup.. huhu!




Sempat posing sebelum naik bot ke Monkey Beach.

Sue Senget!


Anne Thelma Watrin dan Fan Ny

Aku bagi chance kat Sue dulu untuk terbang... :P

wow! excited!!! aku yang kat bawah ni yang teruja lebih... thanks pada Anne Watrin  yang sudi jadi cameraman untuk Sue ni memandangkan aku tengah bersiap sedia nak ambil giliran terbang...

masa untuk sue mendarat...

Are you readyyyyyyy???
                                     
Makkkkkkk!!! Akak gayattttttt!
bertenang.... bertenang,,,, kita selfie kat atas... hahahah!

pemandangan dari atas...


muka cuak! hahahah

masa untuk mendarat....



fhewwwwww!
i believeeee i can flyyyyyy!!!

i believe i can touch the sky!!!!!!

wohoooooooo!!! alamak!!!!!

ok fine!!! misi menyelamatkan aku.. atau..  adakah ini satu konspirasi terancang antara abang ujang dengan sue? apasal aku sorang yang landing 'baikkkkk punyaaaaa" dalam air??? ini tidak adil, tidak adil bagiku... 
setelah tercelup dalam air... masa untuk mencover kan diri.. semuanya okay... no problem... huhu!

Alhamdulillah... aku selamat... hahahaha!

sahabat dari France : Anne Thelma Watrin dan Fan Ny... diorang ni sekarang buat internship engineering dekat Penang... so diorang gunakan masa terluang untuk bercuti sementara masih ada kat Malaysia.

Abang Ujang yang sentiasa menyibuk didepan kamera... hahaha!















Abis parasailing, sampai pantai, abang ujang belanja kitorang makan. Aku dan Sue jer yang dia belanja.. almaklumlah.. masing2 peramah, lebih2 lagi sue senget tu. aku macam biasalah, pemalu orangnya... cuma ikut jer. haha!

Lepas makan ni la, Ujang offer kitorang untuk ikut dia pergi round pulau (Island Hopping)... dia kata ikut jer, buat meramaikan orang dalam bot... tapi apakan daya, kami tak dapat nak join sebab ada program lain pulak lepas ni... so terlepas juga la peluang untuk round pulau dengan kadar bayaran percuma... kekekeke!


3 comments:

Zafirah Kama berkata...

bestnya parasailing.. teringin nak cuba...

jelajaharkitek berkata...

Saya pun nak cuba gak.

Dalia Hassan berkata...

Cubalah.. memang best punya.. pengalaman berharga... sy pun rasa nak buat lagi.. hehe

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review