Sahabat

Halaman

20 Januari 2016

Diet Atkins : Setahun Bersama Atkins

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 20, 2016

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar hari ni dah setahun aku mengamalkan diet atkins. Errrr... sebenarnya kalau ikutkan, tiga bulan pertama jer aku betul betul ikut Diet Atkins ni, lepas tu aku kelaut dalam... cuma aku control makan agar berat aku tak naik banyak. Apa yang aku buat, kalau berat aku naik sampai 3-4 kg, aku akan diet semula dalam seminggu, lepas tu confirm turun balik 4kg.. bila dah turun, aku makan semula apa yang aku nak makan... bila berat naik, aku diet semula... dan begitulah seterusnya... teruk kan aku??? awal awal diet je aku bersemangat waja, memang takder nafsu nak makan karbo karbo tu. tapi sekarang, pantang nampak roti, kek, nasi, kuih muih.. rasa nak makan jer semua tu...

Cuma ada sekali tu berat aku naik sampai 7kg.. apa taknya, balik kampung tengah musim buah rambutan, memang aku melantak sungguh sungguh buah rambutan tu. Balik Subang, timbang berat... ya Allah.. 7 kg naik.. dan dan terus diet.. tp seminggu lebih jer. bila dah turun semula 7kg, aku stop diet. Ishhhh.. padahal kalau ikutkan aku masih gemuk lagi ni, belum kurus lagi. 10kg lagi kena turun kalau aku nak dapatkan berat ideal... tapi... entahlah! aku pun tak tahu bila aku nak insaf ni.. alasan yang aku selalu bagi, kalau aku kurus, terpaksa pulak beli baju baru, sebab baju yang sedia ada ni pun dah besar dah.. hahahah! poyo!

Ok azam aku. Balik dari bercuti dari Langkawi minggu depan, aku nak start semula diet atkins ni untuk dapatkan berat badan ideal, sesuai dengan ketinggian aku ( errr... kependekan sebenarnya) Dan semalam aku dah beli stok Konjac... lepas ni kalau rindu nak makan mee ke nasi ker, dah boleh makan dah tanpa perlu menahan nafsu. hehe!



Ni aku sebelum ber Atkins... lepas bersalin anak pertama, memang berat naik mendadak...  macam2 ubat kurus aku makan, termasuk berabis duit kat London Weight Management... tapi poket je yang kurus, badan tetap gemuk...

ni masa walkathon kat IPD aku.. masa ni berat badan aku cecah 90++kg... gemuk giler... aku pun malu nak tengok. haha!
hasil selepas setahun  berdiet atkins. takder la kurus, tapi sekurang kurangnya kecik sikit la dari bentuk badan sebelum... haha! Hujung bulan ni akan cuba start DA semula untuk kurangkan lagi 10kg. In Shaa Allah... Aamin.

(errrrr... gambar ni fefeeling ala ala Kajol dalam filem Dilwale. Sila jangan muntah yer... haha!)

kecik la sikit dari dulu.. walaupun masih bawah kategori overweight.. hahaha!

3 comments:

Fav Beans berkata...

Wahh, saya pun tengah buat diet atkins sekarang ni. Dah nak masuk bulan ke 3. Ni pun banyak ke laut. huhu.

She Is Farahain berkata...

awakkk , ain pun tengah nak kurus mengurus ni .. carb memang totally kena out from list makanan.hahhaa.

Dalia Hassan berkata...

Nisya... Ain.. marilah kita bersama2 menguruskan badan.. tapi entah bila la nak buat betul2 macam dulu... sekarang ni semangat tak kuat. mudah sangat tergoda bila tgk makanan sedap2.. haha!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review