Baru aku tersedar, berat badan aku dah mendadak2 naik. Apa taknya, tak control makan. Selagi ada orang viralkan apa2 makanan mesti aku nak cari. Penyudahnya sekarang, nak seret kaki sendiri pun tak larat (ok ini tipu).. yang tak tipu, berat aku memang seberat mata yang memandang.
Haishhhh!
Aku tengah kumpul kekuatan untuk berdiet semula. InshaaAllah sehari dua lagi. InshaaAllah. InshaaAllah. Korang doa2 kan la aku supaya lemak2 kat badan aku ni pergi menjauh dari aku. Tak termampu nak menampung beban lebih2 lagi time aku pergi hiking. Muatan lebih. Nak mendaki pun slow. Parah. Hahaha
Oklah. Aku nak cari sumber2 maklumat tentang diet. Sama ada diet suku2 separuh, diet atkins atau intermittent fasting.
Kemungkinan besar aku buat Diet Atkins. Sama macam dulu. Amin.
0 comments:
Catat Ulasan