Assalamualaikum wbt
Pada 28 March yang lepas kami telah ke tapak pembinaan Samsung C & T, di Lot 91 KLCC di Jalan Kia Peng bagi memenuhi tugasan SHAR 3053 : Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja (OSHA). Secara jujurnya, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke tapak pembinaan dan di bawa setinggi tingkat 36 dalam bangunan yang masih belum siap.
Macam-macam perasaan yang aku rasa. Walaupun ada sedikit perasaan takut dan berdebar, tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat teruja! Inilah peluang yang takkan datang berkali-kali dalam hidup aku, dan peluang yang mungkin sekali ni akan aku gunakan dengan sehabis baik.
Antara aktiviti keselamatan yang diamalkan oleh semua pekerja Samsung C&T ialah “ToolBox Meeting”. ToolBox Meeting adalah mesyuarat keselamatan tidak formal
yang memfokuskan pada topik keselamatan yang berkaitan dengan pekerjaan tertentu, seperti
bahaya di tempat kerja dan amalan kerja yang selamat. Mesyuarat biasanya dibuat dalam jangka masa pendek dan biasanya dijalankan di tempat kerja sebelum bermulanya kerja atau pergeseran
kerja. Ianya meliputi topik seperti bahaya tempat
kerja, dan amalan kerja yang selamat.
Ini adalah salah satu kaedah yang sangat
berkesan untuk menyegarkan pengetahuan pekerja, meliputi pemeriksaan keselamatan minit
terakhir, dan bertukar maklumat dengan pekerja yang berpengalaman. Rundingan atau
pertemuan ini juga dikenali / disebut sebagai taklimat keselamatan.
Topik-topik yang diliputi dalam mesyuarat keselamatan harus termasuk amalan kerja
yang selamat untuk pelbagai aktiviti dan tugas yang sedang dilaksanakan, pemilihan dan
penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) serta amalan pertolongan cemas yang asas.
Ianya juga bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan kejuruteraan yang
akan disediakan di tempat kerja.
 |
|
Kunjungan ke tempat kerja harus dijadualkan untuk
membiarkan pekerja membiasakan diri dengan tata letak dan lokasi projek. Ianya penting bagi memastikan bahawa setiap pekerja tahu dimana lokasi bahan dan alat PPE itu disimpan, lokasi kit pertolongan cemas dan arahan ke hospital yang paling hampir dengan tapak pembinaan. Pastikan para pekerja
tahu siapa pengurus atau penyelia keselamatan mereka harus melaporkan kepada jika
kemalangan berlaku atau jika mereka menyaksikan amalan kerja yang tidak selamat. Beritahu
pekerja bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menghentikan kerja untuk membetulkan
tindakan atau syarat kerja yang tidak selamat.
Amalan di Samsung C&T Toolbox Meeting dijalankan setiap hari mengikut unit dan
“Grand Toolbox Meeting diadakan setiap bulan untuk peringkat syarikat yang mana
melibatkan setiap peringkat dalam organisasi, pembekal, klien dan juga konsultan. Budaya
mengadakan toolbox meeting ini merupakan satu budaya Samsung C&T yang diamalkan di
seluruh dunia.
Objektif utama melaksankan “Grand ToolBox Meeting” adalah bagi
membentangkan progress kerja dan juga perancangan kerja bagi bulan yang tersebut. “Grand
Toolbox meeting” merupakan satu medium di mana pengurusan dan juga pekerja dari setiap
peringkat dalam organisasi agar dapat bertukar fikiran dan membincangkan permasalahan
yang timbul. Dari aspek “Safety & Health” “Toolbox Meeting” di Samsung C & T
merupakan medium bagi pengurusan mengingatkan kepada pekerja aspek keselamatan yang
perlu diambil kira dan di patuhi selain itu juga ia merupakan masa yang sangat sesuai untuk
pengurusan melancarkan kempen-kempen keselamatan pada bulan tersebut.
Di Samsung C&T mereka melaksanakan sistem “rewards & punishment”. Salah satu
agenda di dalam “toolbox meeting” adalah di mana pengurusan akan menghargai pekerja
yang mengikut dan mematuhi peraturan “safety & health”. Selain dari pada itu pada mesyuarat
ini juga akan ditunjukkan serta diumumkan pekerja yang akan didenda sekiranya tidak
mematuhi peraturan “safety & health” organisasi.
 |
Hadiah diberikan kepada pekerja / unit yang mematuhi peraturan keselamatan |
Terdapat beberapa kebaikan dalam mengadakan TBM ini diantaranya ialah :
- Malang tidak berbau. Kemalangan setiap hari boleh berlaku. Memulakan setiap pagi dengan
mengadakan “tool box meeting” selama 5 atau 10 minit, ia berfungsi
sebagai peringatan mengenai kepentingan “safety & health” di tempat
kerja.
- Untuk memastikan pengetahuan “safety & health” sentiasa segar dalam
ingatan pekerja
- Setiap benda akan berubah. Itu perkara normal. Ia adalah lumrah kehidupan. Sama ada terdapat perubahan dalam peraturan, atau perubahan dalam memperkenalkan alatan ataupun bahan baru. “Toolbox Meeting” boleh digunakan
untuk menyampaikan sebarang maklumat baru atau perubahan tersebut.
Kami di berikan setiap seorang harness, topi keselamatan dan juga kasut yang bersesuaian untuk sama-sama mengikuti TBM tersebut sebelum kami dibawa untuk melawat tapak pembinaan yang mana sekali lagi kami didedahkan dengan bagaimana bahaya di tempat kerja boleh terjadi dan mengapa pentingnya penggunaan PPE dalam Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.
0 comments:
Catat Ulasan