Sahabat

Halaman

16 Mei 2019

VIVA Projek Sarjana Muda UTM

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 16, 2019
Assalamualaikum wbt..

Hari ni adalah hari yang sangat mendebarkan sebab hari ni aku ada viva tesis aku kat UTM Skudai. Sepanjang tempoh aku belajar part time kat UTM ni, ni lah yang aku paling takutkan sekali...

F2-03 Nilah no bilik yang aku dan 3 orang lagi kawan2 aku akan bertarung... kalau ikutkan penilai aku Prof. Dr. Hani Bakri dengan Prof. Dr. Fauzy, tapi Dr. Fauzy tak dapat hadir diaebabkan masalah kesihatan.

Encik asben aku datang bagi support. Tapi awal2 aku dah pesan kat dia jangan sekali2 masuk masa sesi viva aku berlangsung. Aku takut bertambah nervous nanti.

Ni masa sesi viva Siti... dia turn pertama.. aku kedua.. sempat jugak la aku mengintai dari cermin pintu bilik tu. Haha

Masa ni aku tergelak. Sempoi penilai aku. Lepas abis pembentangan dia panggil duduk sebelah dia and dia terangkan apa yang perlu diperbetulkan. Time aku pun sama macam ni. Syukur sangat dapat dia. Sebab ada kawan2 aku yang dapat penilai yang tak berapa nak mesra alam sampaikan diorang bad mood sampai stress. Huhu
Dan sesi viva aku berakhir dengan kelegaan yang teramat sangat. Dr.Hani sangat cool. Lembut n tenang je... mana yang aku silap buat dia terangkan dengan jelas supaya aku faham dan akan perbetulkan sebelum proceed untuk bukukan tesis tu. Love you lah Dr. Hani.

Bagi chance la kat asben aku ni nak bergambo lepas settle semuanya...
Aku pun nak jugak...


Sahabat dunia akhirat.
Love you all.
Berakhir sudah viva kami. Terima kasih Aerick sebab datang support kami. Takder rezeki kau nak viva sama2 kami. Tapi takper, kesihatan lebih penting, kan.

Terima kasih pada penyelia PSM aku, Prof. Madya Dr. Hashim Fauzy Bin Yaacob. Sangat banyak membantu aku dan yang lain.

Terima kasih Prof. Madya Dr. Hani Bakri dan Prof. Madya Dr. Fauzy... penilai aku yang sangat sporting.

Terima kasih terima kasih terima kasih sebab bagi student sewel ini "A" dalam kedua2 PSM (cadangan dan penulisan)

Alhamdulillah. Syukur.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review