Sahabat

Halaman

16 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 290 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 16, 2020

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 16/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-213

PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-3



Semalam dalam whatsapp grup Sarjan Adam minta Kak Sariha masak megi hari ni. Aku memang setuju sangatlah sebab kak sariha masak megi memang sedap.

Jus Mangga Susu yang aku beli semalam, aku bawak pergi opis. Sedap wehhh. Pekat... Memang berbaloi la...

Meja mesyuarat kat opis aku dah jadi dapur sementara dah. Haha

Permainan warna yang begitu memukau

Tengok pun dah tau sedap...

Sedapnya lahaiiiii...

Petang lepas kerja aku pergi bengkel jap. Boleh pulak tayar aku ni buat hal.. haish laaa.. aku sumpah jadi kereta baru nanti baru padan muka.


Tayar dah teruk.. memang tak dapat diselamatkan dah. Terpaksa tukar tayar baru. Bila tukar tayar baru, kenalah buat alignment sekali. Then buat chambering. RM323 yang aku kena. Berat rasa hati tatkala dah hujung2 ni... Gaji berapa hari lagi. Haha

Mounting ni pun patah dah... Next time la aku buat, itupun kalau aku tak tukar kereta baru.

Lepas pergi bengkel, aku pergi Putra Height kejap... Ternampak ada orang jual kuih seri muka kat tepi speedmart putra height tu. Aku pun beli la RM4. Dia jual tiga potong RM2.

Sedapnya lahaiiii... Lembut jer...

Balik dari Putra Height singgah Mydin USJ jap.. beli barang...


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review