Sahabat

Halaman

14 November 2013

Takder Tajuk

By Dalia Hassan at Khamis, November 14, 2013

Tadi kan..  masa drive balik keje tetiba je dapat satu mesej kat facebook dari seseorang... hahahaha... akhirnya setelah 12 tahun berlalu... baru aku kenal siapakah si 'Ajie' yang pernah jadi kawan baik aku dalam talian (telefon).. yerla.. dah hari2 dia call dan sms aku tanpa bagitahu siapakah gerangan... dan aku layankan aje sebagai kawan... lagipun aku tahu masa tu dia junior aku masa kat uitm...

Pernah jugak siasat siapa budak Ajie ni.. tapi clue yang dia bagi tak membantu sangat... cuma dia kata, kalau nak kenal dia, kena jumpa dia kat benteng (kiranya macam gerai la kat dalam uitm tu)... tapi masa tu aku tak berminat sangat nak jumpa2 nak dating2 ni... aku lebih senang berborak dengan dia kat telefon.. baik tak payah jumpa kan.. lagipun sapa suruh taknak berterus terang siapa diri dia...

Tapi yang kelakarnya tadi dia ungkit pasal aku hantar Niza, adik sebilik aku sebagai wakil untuk jumpa dia.... hahahahha itu memang betul... dah dia sibuk nak jumpa, aku hantar adik roomate aku je la pergi berkenalan dengan dia sebagai wakil aku... alahai kenangan... kalau diingatkan semula memang kelakar...

Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pernah bertentang mata dengan dia.... Tak penting pun, kan?

Haha!






0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review