Sahabat

Halaman

25 Julai 2014

Sakit Pulak Hati Kita

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 25, 2014

Assalamualaikum wbt...

Entah kenapa... hari ni sepanjang hari aku jadi panas baran....

Entah kenapa... aku rasa semua orang sangat menyakitkan hati....

Entah kenapa... jiwa aku begitu sensitif walau dengan perkara yang remeh....

Entah kenapa... hati aku mendidih dengan setiap kata walau hanya gurauan...

Pertama : Kecewa kerana boss tak benarkan pulang awal sedangkan boss besar dah bagi kelepasan separuh hari... bayangkan perasaan kecewa yang teramat sedangkan perancangan sudah dibuat. Tapi apakan daya, SYMP. Pasrah. Terbantut segala perancangan...

Kedua : Tentang my good friend (biarlah rahsia)

Ketiga : Tersadai tepi jalan disebabkan temperature kereta naik... panas kereta, panas cuaca sepanas rasa hati aku...

Keempat : Perangai si anak yang betul2 mencabar kesabaran aku. Apa yang dia buat betul2 menaikkan kemarahan aku walhal perkara yang sama juga dibuatnya sebelum ni.

Kelima : Yang paling buat aku marah... Sikap pak guard di kawasan rumahku yang sangat menyakitkan hati dari dulu lagi.. dua kali kereta aku bergesel dengan tong konkrit yang tak sepatutnya diletakkan disitu. Di jalan yang sempit dan diletakkan ditepi selekoh. Kali pertama aku dah sembur semula... ni kali kedua rasa nak suruh je dia yg bayar... tak sepatutnya letak tong tu kat situ.. alasan : supaya tiada kereta lain parking kat situ... hello... setiap rumah dah ada parking masing2... setiap rumah punya hanya 1 kad access... kalau ada kereta lain parking kat situ, maksudnya ko la yang tak buat keje benarkan kereta lain suka suki masuk.. apa taknya... asyik bergayut kat telefon... memang hilang sabar aku dibuatnya...

Ke enam : Marah dengan diri aku sendiri.. semenjak dua menjak ni tak tau kenapa sukar untuk aku kawal kemarahan dalam diri... sensitif. Kalau dulu hati kering... katalah apa saja... buatlah sesuka hati... aku langsung tak kisah... sekarang... sangat berbeza... cepat naik angin. Macam tadi, aku cuba kawal kemarahan yang dah bertunas sejak pagi. Penyudahnya.. jam  4pm hingga 4.20pm aku bertapa dalam kereta, menangis. Terperasan ada mata yang memerhati, aku berlalu pergi.. dua minit.. menangis lagi sepanjang jalan pulang. Mungkin itu cara aku meredakan kemarahan. Redakan tekanan. Aku pun tak faham....

Ermmmmmm....

Sakit pulak hati kita....

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review