Sahabat

Halaman

25 Julai 2014

Spam? Malware? Komen?

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 25, 2014
Assalamualaikum wbt...

Lepas satu, satu la masalah yang menimpa blog aku ni... sebelum ni aku pernah update pasal entry yang entah sapa2 publish kat blog aku ni.. boleh tengok kat sini dan sini. Dan dah settle pun masalah tu... Puas la aku yang agak tak berapa pandai ni cari macamana nak selesaikan masalah tu, akhirnya berjaya juga... Dan sekarang, masalah baru pulak yang timbul...

Entah kenapa banyak betul komen komen spam yang masuk... tension betul aku... cer tengok ni...



Tu je ada 242 komen... yang aku dah delete je ada beratus... benda ni la yang menyebabkan blog aku dijangkiti virus malware tempohari. Tension kan????

Atas bantuan rakan blogger yang juga merangkap teman seopis dari blog ini, dia mencadangkan agar aku on kan semula Word Verification agar tiada komen2 yang datangnya dari 'bukan manusia'... hahahha!


Dan kini, hidup aku semakin aman dan bahagia tanpa gangguan dari 'bukan manusia' ni... dan aku harap juga korang bersabar la untuk menelek word verification tu sebelum nak post komen.. hamba terpaksa ok! terpaksa meletakkan ia supaya tiada makhluk perosak yang bisa membinasakan blog aku ni...

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review