Isnin : 10/02/2020
Malam tadi aku gerak balik Segamat... Tapi di sebabkan tiba2 aku terasa seram bila memikirkan yang aku akan melalui 7km jalan nak masuk ke FELDA yang agak gelap, maka aku ambik keputusan untuk melengah2 kan masa supaya aku sampai sana agak2 waktu yang dah ada orang keluar masuk FELDA untuk pergi kerja.
Lepas Subuh aku sambung tidur. Dalam jam 9.30 aku bangun, mak sampaikan kat aku yang Abam Bocey meninggal dunia. Allahu. Terkejut aku. Rasa macam tak percaya jer. Al-Fatihah buat abam bocey. Kita baik ramai orang sayang.
![]() |
Dalam pukul 10 lebih mak ajak aku pergi bandar beli lauk. Hari ni cuti masak kata mak.. aku ikut je.. So kami pergi tapau kat gerai makan Sinar Suria kat Jalan Segamat-Muar ni ... |
![]() |
Ikan baung yang sentiasa diidamkan... Selain masakan mak, abah memang suka masakan ikan baung dari gerai ni.. kena dengan tekak dia katanya... |
![]() |
Macam2 jenis lauk hoi! Rambang mata dibuatnya.. |
![]() |
Alahai. Ni pun feveret aku ni... |
![]() |
Ni la lauk yang kami beli. Baung.. telur ikan.. ikan keli... |
Petang tu, abg aku ajak abah keluar pergi bandar... Mula2 abah aku kata dia mengantuk, nak tidur... Tapi abg aku paksa jugak abah keluar.. untuk pancing abah keluar, abg aku ajak abah aku untuk tukar tayar dan rim kereta abah... Peh!! Terus senyum lebar abah... Tapi ni la satu yang aku puji abg aku ni... Dia tak boleh dengar mak atau abah aku nak apa2... Mesti dia belikan... Sampaikan mak aku bila nak beli apa2 nak mintak tolong anak2 belikan, mesti pesan, jangan bagitau abg. Sebab, mesti abg aku akan keluar duit dia untuk beli apa yang mak dan abah nak... Dia taknak guna duit yang mak/abah nak bagi.
Sebagai contoh... Masa abah aku nak beli kereta yang abah pakai sekarang ni... Abah memang berkenan sangat kat Persona baru tu. Sampaikan dia kata, abah ni bukan tak mampu nak beli. Deposit abah ada.. bayar bulan2 pun abah mampu. Satu je masalah abah. Nama abah dah tak layak untuk buat loan bank, sebab dah dekat 70 tahun.
Tup tup... Abg aku belikan kereta yang dia nak sangat tu. Bukan aje deposit, bayaran bulanan pun abg aku yang bayar. Dia taknak ambik duit dari abah... Alhamdulillah. Aku pun harap nanti ada la anak2 aku yang macam abg aku ni nanti.. utamakan mak abah...
Mudah-mudahan Ya Allah.
Aminnnn
![]() |
Balik rumah, terus goreng cempedak untuk minum petang. Nyum nyum sedapnya... Lama tak makan goreng cempedak ni... |
![]() |
Keropok lekor jugak.. |
![]() |
Malam makan kueytiaw tomyam tapau beli kat Restoren Ngeteh kat Taman Yayasan petang tadi. |
0 comments:
Catat Ulasan