Sahabat

Halaman

09 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 344 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 09, 2020

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 09/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-267


Hari ni aku kerja macam biasa. Seronok juga kerja selang hari ni.. Aku ada banyak masa dengan anak-anak.. tapi bila anak-anak dah balik Johor, aku rasa macam nak pergi kerja hari-hari jer sebab bosan duduk rumah sorang-sorang. 

Bercakap dengan dinding jer.. 

Macam orang gila.

Haha!

Pergi kerja hari ni bawak bekal nasi lemak sambal sotong kering yang aku masak malam tadi. Lupa pulak nak rebus telur dengan goreng ikan bilis. Timun pun tak ada. Tak apa lah. 

Ni pun dah lebih dari cukup...

Beli mochi dari Yatz. Adik dia kerja kat kilang buat mochi ni.. memang aku selalu beli dengan dia. Sedap. Ni aku beli perisa peanut butter dengan kacang merah. Anak2 aku first time makan mochi ni dan diorang suka sangat2.

Malam aku buat air lemon panas.
Sedapnya la hai masuk ke tekak ni...

Nikmat!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review