Untuk aku pulak, aku tapau mee kari kat kantin. Sebenarnya baru semalam aku cakap kat anak2 aku yang aku nak masak mee kari sebab teringin nak makan.
Diorang jawab..
"Alaaaa mama.. Tak payahlah masak mee kari.. Ainul tak makan.. Kalau kari biasa dengan nasi tu Ainul makan laaaa"
Budak ni, macam la mama dia ni tak tau kenapa dia taknak makan mee kari... sebab banyak aksesori sayur-sayuran tu.. tu yang dia takut aku paksa dia makan mee kari yang aku buat tu... Paling senang, dia cakap jer la yang dia tak suka makan mee kari supaya mama dia tak buat dan tak paksa dia makan sayur..
Alahai anak... anak....
Penyudahnya hari ni, aku beli jer la mee kari dan kebetulan kantin ada jual. Bukan selalu kantin ada buat masakan special macam ni.
Memang rezeki aku la... Ni kalau aku buat sendiri, confirm banyak terbuang. Membazir sebab aku sorang yang makan. |
0 comments:
Catat Ulasan