Sahabat

Halaman

15 September 2014

Day 15 : Surat Buat Sahabat

By Dalia Hassan at Isnin, September 15, 2014

Kehadapan sahabatku yang disayangi... Semoga sentiasa berada didalam kesejahteraan dibawah lindungan kasih dariNya dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Mudah-mudahan... In Shaa Allah...

Sahabat,

Entah kenapa aku sentiasa merindui hilai tawamu. Aku rindui gurau sendamu. Aku rindui usikan nakalmu. Kurindu suara gemersikmu tatkala menyanyikan lagu syahdu dikala kamu ditinggalkan kekasih. Segala-galanya kurindu. Kemanakah menghilangnya semua itu? Kau cuba menghindar dariku, apakah puncanya?

Sahabat,

Mungkin kau terasa hati tentang apa yang pernah aku katakan padamu dulu. Ya. Aku pasti itulah puncanya. Tapi percayalah, apa yang aku katakan itu semata mata demi masa depanmu. Aku tak mahu melihat kau meratapi pemergian dirinya dari hidupmu. Dia bukan jodohmu. Apa yang penting kau harus tabah meneruskan hidup tanpa perlu memikirkan dirinya lagi.

Sahabat,

Mungkin 5 tahun perkenalanmu dengan dia membuatkan hatimu terlalu teguh untuk dia.. Kau terlalu menyayanginya. Tapi sayang, hatinya telah dicuri oleh insan lain. Kau kecewa. Tapi percayalah, ini semua ketentuan yang Maha Esa. Dia mahukan yang terbaik untukmu. Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya, usah diragui.

Sahabat, 

Apa yang pernah aku katakan, jangan kau salah sangka. Aku ingin melihat kau bahagia setelah sekian lama kau harungi derita. Terimalah dirinya insan yang mencintaimu. Aku yakin dia mampu berimu bahagia. Aku kenal dia, dan aku yakin dengan dirinya yang mampu memimpin tanganmu menuju ke syurga.. In Shaa Allah.

Sahabat,

Yang lama usah dikenang lagi. Biarkanlah ia menjadi sejarah dalam hidupmu.

Salam sayang dan penuh kerinduan dari sahabatmu,

15 September 2014


30 Days Blogs Challenge

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review