Sahabat

Halaman

05 September 2014

Day 5 : 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih

By Dalia Hassan at Jumaat, September 05, 2014
Assalamualaikum wbt...

Phewwww! Payah sungguh tugasan untuk hari kelima ni... tapi menarik gak.. cuma boleh tak nak ubah skit.. ubah kepada perkara yang ingin dikatakan kepada bekas skandal... kekekeke! (choiii! memandai2 jer nak ubah yer? skandal? ada ker????) muahahaha!


Ok2. Memang dah lama pendam sebenarnya. Kalau ikutkan banyak sungguh perkara yang nak dikatakan kepada bekas skandal kekasih ni... errrr... ok tak kalau nak mention nama-nama mereka sekali? (peh! nama-nama tu... macam ramai jer.. haha!) Tapi sebagai langkah berjaga-jaga takut pula nanti disaman, baik tak payah mention nama dia.. kalau tak nanti akakkkkk jugak yang susah.. ngeeeee!

Wahai bekas-bekas skandalku kekasihku... dengarkanlah luahan hatiku ini.. (nak cerita yang baik baik jer ni... takut gaduh.. hahaha!)

1 - Aku pernah sayang giler kat korang... tapi semuanya dah tertulis bahawa antara kita memang takder jodoh... walau sedalam mana pun kasih sayang yang kita telah bina, sekuat mana pun ikatan yang kita cuba pertahankan, tapi jodoh itu bukan milik kita...Pasrah itu berserah.. aku redha atas segala ketentuanNya... kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita... dan aku percaya, korang pun sekarang sedang hidup bahagia bersama si dia..

2 - Buat M... aku minta maaf banyak-banyak. Mungkin sebelum ni aku tak pernah berterus terang kenapa aku terus menyepikan diri. Maaf. kejamkah aku? isk isk... kejam skit je kut.. takut untuk berterus terang lantas melarikan diri.. isk isk.. nak nyanyi la kejap...

♪♪♪ jika memang masih bisa mulutku berbicara
satu kata yang ingin terucap ♫♫
 ♫♫ kan kudengar caci dan puji dirimu padaku
kita masih muda dalam mencari keputusan ♪♪♪
♪♪♪ maafkan daku ingin kembali
seumpama ada jalan untuk kembali ♫♫

***pstttt... sila abaikan dua baris terakhir ya... kekekeke!


3 - Aku pernah rasa disayangi, jua disakiti. Pernah frust menonggeng. Tapi macam yang aku dah sebutkan kat (1) tadi, itu semua ketentuanNya. Tapi aku bersyukur sangat- sangat sebab sempat mengenali korang semua.. mengenali warna warni kehidupan. Bercinta. Putus cinta. Menolak cinta. Cinta ditolak (hahahaha). Bercinta semula. Sehinggalah aku jumpa Mr. Right yang kini jadi encik asbenku sekarang... Syukur Alhamdulillah. Dalam sedar tak sedar koranglah yang telah menjadikan aku lebih matang dalam kehidupan. juga telah mengajar aku erti rindu. Seronok weh bila saling rindu rinduan ni...

hahahah! Ini semua poyo!

Yesssss! siap sudah cabaran hari ke 5 yang standard soalannya sama macam Tingkatan 5 (SPM)


4 comments:

yaya_flanella berkata...

Pengalaman mengajar kita erti hidup. waa gitu. hehe

Dalia Hassan berkata...

ya betul!!!!! hehehe!

Yanty Lee berkata...

Nak kena korek ni..apasal melarikan diri sebegitu sahaja...eh

Dalia Hassan berkata...

masa tu dah cuba untuk terima dia.. tapi tak boleh juga sebab dah anggap dia macam kawan rapat... serba salah dibuatnya... oleh sebab masa tu tak matang lagi, tak boleh nak berfikir dengan waras... cabut jer la.. hehehee!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review