Sahabat

Halaman

12 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 317 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, November 12, 2020

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 12/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-240


Bosan dan bosan lagi.

Tak sabar nak ambil anak-anak aku bawak balik sini nanti. Takderlah aku kesunyian namatey kat sini. Mati kutu. Haha

Macam ini lah kehidupan aku yang terasing di negeri Selangor ni. Suami dan anak-anak pula menetap kat Johor... dulu sebulan sekali dapat balik jumpa diorang.. semenjak covid-19 ni, aku jadi risau nak balik jumpa diorang dan ibu bapa dan ibu bapa mertua aku. Aku risau yang aku bawa balik sekali pakcik covid tu. 

Menyesal tak sudah nanti....

Nanti bila aku confident rasa nak balik, aku akan balik InshaaAllah. Yang penting masa tu aku yakin dan aku dah ikut SOP yang ditetapkan supaya covid tak melekat kat aku.

Masak?

Semenjak aku duduk sendiri ni, memang jarang dapur aku berasap. Foodpanda menjadi pilihan aku. Tapi sekali sekala tu ada jugalah aku masak. Cuma, kalau aku masak mesti lauk berlebih-lebih. Bila yang lebih tu aku simpan dalam peti ais, entah bila aku akan makan semula lauk pauk tu. Silap2 ke plastik sampah akhirnya.

Contoh hari ni... 

Lauk pauk aku ni semua recycle lauk yang tersimpan dalam peti ais. Ini pun untung sebab aku rajin nak panaskan. Rasanya lama juga tersimpan dalam tu. Time-time terdesak jer aku rajin masak / panaskan lauk sedia ada. Contohnya bila dah hujung2 bulan camni. 

Jimat.



Ikan pekasam ni lama dah aku masak. Pastu simpan dalam tempat beku. Dengan limau-limau tu aku bekukan..  

helokkkkkkkk!

Ni lebihan sambal gesek yang aku beli nasi gepuk yeoppp aritu. Minta sambal lebih, yang lebih ni la aku simpan. Suka sangat sambal ni sebab pedas dia memang kena dengan selera aku.

Makan bertamabha-tambah hoiiii!

Ni sambal sotong kering lebihan yang aku masak nasi lemak sambal sotong aritu. Seminggu lebih ada kut tersimpan dalam tempat beku tu...

Panaskan semula. Makan dengan ikan pekasam dengan sambal gesek tadi, memang masuk lah!
Ngam!

Kombinasi ideal hasil dari lebihan makanan yang disimpan di ruangan sejuk beku.
Haha!

Tidak dilupakan si hitam manis ni.. Encik Kicap Jalen. 

Petang pergi Pasaraya Super Seven kejap cari barang..

DIY Star Avenue. 
Ni pun satu lagi kedai saka ni...

Lewat petang aku start membaking..
Macam biasalah...

buat order customer, sendiri punya pun ada. haha

Nyum!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review