Sahabat

Halaman

23 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 328 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2020

Assalamualaikum wbt


Isnin : 23/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-251


Pagi ni otw pergi kerja, ternampak kereta Sarjan Adam... Pelik pulak aku dia lewat hari ni.. Biasanya dia sebelum pukul 7 dah sampai ofis. Rupanya dia ada hal pagi tadi, tu yang lewat tu...

Berapa hari makan oat, hari ni dah rasa loya tekak pulak nak makan.

Keluar jap pergi drop-off barang kat J&T...

Cik Adam bawa pulut dengan serunding daging. Alhamdulillah. Rezeki hari ni.

Masa pergi J&T tadi, aku singgah Gerai Endang jap beli Nasi Ambeng.. walaupun tak lengkap macam yang aku boleh dapat kat kampung aku, tapi tetap boleh diterima oleh tekak aku.

Sebelum balik, singgah kedai bakeri kat sebelah IPD... cari bahan buat kek yang dah nak abis stok. Syukur jugalah ada kedai ni dekat dengan ofis aku. Senang nak beli apa-apa...

Malam tekak ni terasa nak makan chicken chop plak. Order kat Restoren Buana guna foodpanda. Beli sekali meatball grilled. 
Bolehlah...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review