Sahabat

Halaman

15 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 320 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 15, 2020

Assalamualaikum wbt


Ahad : 15/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-243


Semalam masa pergi ker Pasaraya Super Seven, aku ternampak pulak peria.. tetiba rasa nak makan peria crispy pulak.. Biasa beli kat Hairul dan Fasha, tapi kali ni aku nak try buat sendiri. Setanding tak dengan Spicy Crispy Peria (CSP) yang diorang jual. 

Lepas dah sagat peria tu, aku rendam jap dengan air garam dalam sejam.. pastu aku gaulkan dengan campuran tepung bistari dan tepung lain.

Rangup tapi keras. Jauh beza dengan CSP rasa dia. hahahah

Pastu order Ayam Gepuk Yeoppp. Ingat nak makan dengan peria tadi, tapi aku terlupa... khusyuk sangat menikmati kepedasan sambal ni sampai lupa nak makan dengan peria crispy keras aku.

Dah kekenyangan, terguling2 pulak atas lantai melayan perasaan.
Buruk perangai betul.. 
Bukan apa, saja amik mood sebelum start buat kek...

Dah puas rehat, baru mem baking order customer..
Aku memang tak open order lagi kat kawan-kawan sebab mixer aku tak dapat lagi. Guna hand mixer memang bertabah sikit kalau nak buat banyak... So aku ambil order shopee jer dulu.. kayuh perlahan-lahan... Walau tak banyak, tapi tetap ada. InshaaAllah pertengahan Disember baru aku akan cuba iklankan perlahan-lahan dan open order untuk kawan-kawan.

Untuk hari ni...


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review