Khamis : 19/03/2020
PKP / RMO : Hari Ke-2
Hari ni walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah masuk hari kedua, aku tetap meneruskan kerja seperti hari-hari biasa memandangkan aku bekerja dalam kategori Perkhidmatan Perlu. So buat masa ni aku masih lagi bertabah untuk ke tempat kerja walau sebenarnya kerja yang aku buat tu bukanlah kerja yang mendesak. Tapi arahan dah dikeluarkan, aku ikut jer.
Jalan yang lengang seperti semalam |
Bekalan aku hari ni memandangkan kantin ipd pun dah start tutup. |
Pergi pejabat pentadbiran jenayah D1 untuk refill sanitizer. Bekas kosong takder aku pakai bekas air mineral je yang dah kosong. |
Fitik hari ni konon2 kami nak alihkan meja, nak tukar kedudukan. Sekali hah.. ambik kau.. gemuk anai2 kat sini. Geram tengok. |
Sjn Gabriel ajar bancuh klorok dengan kunyit untuk bunuh anai2 tu. |
Mana rak yang dah teruk kena makan anai2 tu kami bakar aje.. takut nanti sisa anai2 yang tertinggal akan membiak lagi |
Buli si Muszairy.. |
Ikan pekasam.. sedapnya.. beli jugalah sebungkus |
Ni la kedainya... semua barang yang dijual adalah produk keluaran muslim. |
Karipap frozen ni ni. Karipap pusing. Sedap. |
Sardin viral. Ni anak syarikat company lama aku ni zaman keje swasta dulu-dulu. Mestilah aku support. |
Sambal cili api. Makan dengan nasi panas memang sedap. |
……................................................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan