Isnin : 23/03/2020
PKP / RMO : Hari Ke-6
Hari ni aku ponteng kerja. Ni semua salah nescafe semalam (alasan)..
Sebenarnya aku dah kawtim dengan Sjn Adam dengan Kak Sariha untuk penggiliran kerja sebab esiar Jumaat dah keluarkan semboyan untuk penggiliran tugas Pegawai Awam PDRM. Cuma aku masih dalam mode standby kalau tiba2 kena panggil kerja.
![]() |
Sengaja aku beli stok coco crunch dan susu supaya senang aku nak sarapan yang paling mudah dan kenyang (kut).. lecehlah nak masak2 ni... |
Dalam tengahari, dapat berita gembira. Pegawai Awam diberikan Cuti Khas serta merta kecuali yang terlibat dengan tugas penting.
Yahooo... Baru ada mood nak masak..
Teringin makan bubur nasi. Oklah masak je la lauk apa yang ada janji ada bubur...
![]() |
Bawang putih + olive oil. Katanya elok untuk kurangkan batuk.. |
![]() |
Siap! Simple tapi meriah. Aku makan sorang ni tapi dua kali makan. Haha |
![]() |
Buat mili pulak. Better dari nescafe semalam walau milo aku tak fluffy sebab takder mixer. |
![]() |
Yummy.. kurang manis lagi sedap. |
……................................................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan