Sahabat

Halaman

30 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 90 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 30, 2020
Assalamualaikum wbt

Isnin: 30/03/2020

PKP/RMO : Hari ke-13

Hari ni aku kerja... Semalam dah plan dah nak masak itu ini untuk bawak bekal pergi kerja... Sampai masa, bangun pagi krik krik krik je... Malas nak masak...

Aku bawa je stok terakhir coco crunch aku ni... Makan kat ofis.. (esok dah boleh fikir apa menu baru untuk aku buat stok sarapan.. apakah aku akan tambah stok coco crunch lagi?)

Haha!

Hari ni aku bekerja dia pejabat tingkat 7...

Nasib baik kedai Cik Awang bukak... Abby ajak teman dia beli sarapan.. aku ikut, dan aku terliur tengok rendang daging dia..

Nasi Lemak Rendang Daging untuk menu sarapan kali kedua hari ni.

Tengahari aku keluar jap pergi Mydin. Cari barang sikit. Sebenarnya aku nak beli ayam.. berapa hari dah cari ayam takder. Haha

Ni je barang yang aku beli..

Balik ofis diorang dah sediakan makanan.. Makanan ni untuk petugas SJR (Sekatan Jalan Raya) sebenarnya.. tapi aku tumpang sekaki.

Haaaa.. Puding karamel beli kat kedai Cik Awang... 

Alhamdulillah.. dapat gak sikit stok mask hasil membodek anggota yang incas barang2 ni... Nak beli mahal sangat... Cukuplah buat sementara ni.. mask yang abang aku bagi pun dah tinggal sikit.

Malam layan Super Ring.
Siapa dia ni?
Aku tak undi dia?
Aku marahhhhh!

Lepas makan Super Ring, untuk menghilangkan rasa bersalah sebab makan jajan, aku makan buah tembikai pulak.
Manis.
Nyesal beli separuh.
Tau tadi beli 2 3 bijik..


Ngeeeeeeeee!!!
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



30/03/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review