Assalamualaikum wbt
Sabtu : 21/03/2020
PKP / RMO : Hari Ke-4
Hari ni tak kerja, tapi aku sibuk hal lain yang tak perlu / tak boleh aku ceritakan kat sini. Cuma yang boleh aku cakap, ianya adalah usaha / perjuangan kami untuk meminimakan kehadiran ke tempat kerja dalam situasi sekarang ni.
 |
Pagi aku tak sempat sarapan. Otak aku serabut. Nak masak pun tak der mood. Akhirnya aku order je kat foodpanda nasi ayam penyet ni... |
 |
Keluar jap cari barang keperluan asas. Bila tengok.. ermmmm.. aku yang tak buat pembelian panik ni pun boleh jadi panik bila tengok rak kosong camni.. |
 |
Ni menu makan malam aku yer. Karipap 3 ketul.. |
 |
Lupa nak cerita. Gula n tepung gandum aku dapat beli kat kedai acheh sebaris speedmart yang aku masuk rak kosong tu. Banyak je stok kat kedai tu... |
 |
Cari susu kotak 1 liter takder. Beli la yang besar ni terus .. stok makan coco crunch.. menu sarapan paling mudah..
😘😘😘 |
……................................................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
21/03/2020
0 comments:
Catat Ulasan