Sahabat

Halaman

02 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 123 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 02, 2020
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 02/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-46

Ramadhan : Hari Ke-9

Hari ni aku ada misi yang perlu diselesaikan sebelum aku gerak balik ke Johor seawal pagi esok. Lega rasa bila dapat kebenaran untuk merentas negeri. Cuma selagi surat tu aku tak ambik kat balai, selagi tu la aku tak boleh tarik nafas lega. Ye la, mana tau saat akhir OCS kata tak boleh pulak. Mau menangis tak berlagu dibuatnya.

Dalam pukul 11 lebih aku pergi Pos Laju Glenmarie untuk ambil bungkusan yang aku beli kat shopee.

Bila kawan aku tanya, buat apa pegi kaunter pos laju? Aku jawab yang aku nak pos diri aku balik ke Johor.
Hehe

Selepas selesai urusan di kaunter pos laju Glenmarie, aku terus ke USJ... Memandangkan aku janji nak ambil surat tu dalam pukul 2, so aku ada masa sejam lebih lagi. Kira lama la jugak. Aku pun terus ke Eco Shop USJ 1...

Alang2 dah sampai usj 1 aku singgah la juga cari buah kat Belouvard Fresh.


Settle beli barang, aku menghala ke IPD semula.. oleh sebab awal lagi, aku lepak dalam ofis. Sejuk sikit. Dalam pukul 2 lebih baru aku pergi jumpa Nisa kat Kaunter Aduan untuk ambil surat kebenaran merentas negeri. Alhamdulillah. Bila dah tengok surat tu baru aku rasa lega. Kali terakhir aku balik kampung jumpa suami dan anak2 aku hujung bulan febuari aritu. Anak2 aku pun dah asyik tanya bila nak mama nak balik. Tu aku usahakan juga tu walau bukan mudah untuk meyakinkan Ketua Polis Balai untuk aku balik Johor ni. Alhamdulillah dapat juga walau aku hampir putus asa.

Untuk berbuka puasa.
Mangga yang aku beli tadi.
 Sebiji je pun dah RM8++

Murtabak aku beli kat Restoren Pak Uda kat Subang Bestari.

Mangga tadi. Ermmmm agak menghampakan dia punya rasa. Mungkin kalau aku biarkan sehari dua lagi baru ok buahnya...

Otak2

Kuih apa ntah ni. Kuih Tepung Pelita agaknya kut..

Tembikai...

Bobba Bang Bang Fresh Milk. Yang ni aku order guna Foodpanda jer...

Menu berbuka aku..

Kenyang makan buah jer kut...

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

02/05/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review