Sahabat

Halaman

03 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 124 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 03, 2020
Assalamualaikum wbt


Ahad : 03/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-47

Ramadhan : Hari Ke-10


Ya. Inilah harinyaaaa.. Pagi ni aku akan gerak balik ke kampung untuk berjumpa dengan suami dan anak2 yang dah dua bulan aku tak jumpa.. InshaaAllah kesihatan aku sangat baik. Begitu juga dengan suami dan anak2 aku...

Oleh sebab nak jalan jauh, aku bersahur berat sikit la hari ni.. Nasi dengan kari ayam dan juga kicap.
Lepas bersahur aku mengemas apa yang patut untuk dibawak balik ke Johor. Lepas subuh, aku standby nak gerak. Apa2 hal dulu buang sampah yang ada kat rumah ni, takut nanti berulat pula tinggalkan lama.

Dalam 6.40pagi aku gerak dari rumah. Entah camana leka aku boleh tersalah masuk jalan masa kat Subang Jaya tu, padahal tu la jalan aku nak pergi kerja di musim PKP ni.. ye la.. jalan asal yang depan summit ditutup sempena Op Covid. Nasib baik aku tersedar awal, kalau tak lagi jauh la aku kena uturn kalau dah masuk kat hiway Kesas tu nanti..

Dalam pada tersalah jalan tu, boleh pulak perut aku memulas. Aduh. Kena cari tandas pulak. Terpaksa la singgah IPD jap, guna tandas.


Aku masuk hiway USJ ngam pukul 7.30pagi... memang lengang jalan.. syok pula balik kampung dengan keadaan jalan macam ni.. kalau selalu macam ni, balik kampung tiap minggu pun takper.. tambahan pula minyak sekarang tengah murah.

Lengang...

Singgah hentian jap, cari tandas. Seram pulak bila sunyi jer. Nasib baik ada akak cleaner kat situ. 


Aku sampai rumah dalam jam 11.10pagi...  Alhamdulillah... Lega rasa bila anak2 dah ada depan mata...

Sedih pulak tengokntv aku yang pecah tu.. sayang betul...

Pergi belakang rumah, tengok daun kering tebal dah. Ye la.. biasa aku yang sapu.. ni bila lama tak sapu, camni la jadinya...

Lepas zohor aku keluar jap pergi Kipmall Kota Tinggi cari barang untuk dimasak untuk berbuka nanti... Tertarik aku tengok cili api ni.. kalau kat pasaraya kat rumah aku tu susah nak jumpa cili ni.. kalau ada pun tak sesegar cili ni..

Tapi yang aku kelakar masa aku beli daun sup.. aku bukan tak dapat bezakan mana satu daun sup, mana satu daun ketumbar... Cuma aku nak kan kepastian je takut tersalah beli.. so aku pun tanya la kat abg cashier tu..

Aku : bang.. yang saya ambik ni betul kan daun sup, bukan daun ketumbar??

Abg Peniaga Sayur Kipmart : Astagfirullah alazim... Agak sebelum ni ko masak macamana????

Adoiiii.. terus dia bebel ke aku. Hahaha lawak pun ada. Dia siap mintak pekerja dia bawak daun ketumbar semata2 nak terangkan kat aku perbezaan kedua2 jenis tumbuhan tu.

Malu hoiii! Haha

Tapi sporting gak la brother tu.. last2 dia mintak maaf sebab bebel kat aku. Gurau2 je katanya.. aku pun tak ambik hati pun... Sekurang2nya lepas ni aku tau la camana nak bezakan dua jenis daun tu. Haha

Dalam pukul 4 lebih asben aku balik keje.. pink kau... Sempat peace lagi...


Petang tu ingat nak cari buah belimbing buluh kat tepi rumah, tengok2 ada durian muda gugur. Tiga biji pulak tu.. ni mesti kerja si kera liar ni...

Menu berbuka asben aku yang masak... Ayam masak lemak cili api..

Semangka pak mertua aku bagi..

Kuih adik ipar dengan pak mertua aku bagi...
Sagu Gula Melaka beli kat orang kampung ni tadi.. Ainul yang nak makan

Boko Ubi ni untuk aku.. lama dah aku teringin nak makan...akhirnya dapat jugak...

Order Nasi Ayam Geprek...
 Ermmmmm..
takper lah...

Rumah kami ni memang tak banyak perabot.. so duduk jer la kat lantai...


Adeh. Tart blueberry yang aku bawak balik tadi... Kejap je langsai. Tinggal sebiji je dalam telap tu. Itupun sebab aku pesan, tinggalkan sebiji untuk mama.
Tart nenas pulak masih berbaki separuh lagi...

Nampak gayanya balik subang nanti mama kena menge 'tart' lagi la untuk raya nanti.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

03/05/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review