Sahabat

Halaman

12 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 133 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 12, 2020
Assalamualaikum wbt


Selasa : 12/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-56

Ramadhan : Hari Ke-19

Hari ni aku dah start kerja setelah seminggu bercuti. Rasa selesa kerja hari ni sebab dah dapat balik jumpa anak-anak dan suami. Kalau tak, nak kerja pun fikiran kusut asyik teringat kat diorang jer. Ye lah, kali terakhir aku balik sana jumpa diorang bulan Febuari aritu... Si Arissa asyiklah tanya bila mama nak balik.. 

Paling aku risau bila aku call atau buat video call, dia taknak cakap dengan aku. Bukan aje taknak cakap dengan aku, muka aku pun dia tak pandang.. Aku tau dia sedih sebab lama dah tak jumpa aku. Sebab tu la aku cuba juga usahakan untuk balik kampung, walau terpaksa tanggung risiko. Cuma aku perlu pastikan yang aku sihat tanpa ada demam, batuk dan sebagainya. Kalau tak nanti, mau menyesal sepanjang aku hidup. 


Sebelum pergi kerja hari ni, aku tampal dulu surat cinta untuk abang pos laju..
Masa kat ofis, tetiba kak wani masuk... Dia ajak aku pergi teman dia nak beli barang kat Bake With Yen, Puchong. So aku mintak masa sikit untuk aku siapkan kerja sebelum pergi ke sana.. Aku bab kalau ajak ke kedai buat kek ni, memang tak boleh nak tolak. Yer la.. aku kan pernah kerja kedai kek kat Segamat dulu... memang dah kena dengan jiwa aku. Sambil2 tu memang aku dah plan nak beli barang sikit untuk buat biskut raya nanti.

Adeh. Panjang pulak beraturnya. Nasib baik kejap jer... tak perlu tunggu lama.


Lepas tu terus ke Mydin jap... nak cari buah semangka jer sebenarnya... pastu Sjn Adam kirim ikan salmon 5 keping..

Oleh sebab ikan salmon aku tengok tak berapa fresh, makanya aku tak beli laaaa..

Dalam pukul 3 lebih kawan Kak Wani hantar mango cheesecake yang kami order kelmarin. RM15 jer dia jual...

Balik aku singgah Restoren Mak Ude jap.. tapau nasi

Kuih Nona Manis ni aku beli kat Azue - Makcik Kantin IPD...

Ni yang aku tapau kat restoren tadi... Daging Gulai Kawah.

Sambal tauhu + tempe...

Semangka yang aku beli kat Mydin.

Ya Allah sedapnya Manggo CheeseCake ni.. boleh order lagi nanti...

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

12/05/2020


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Stainless Steel Magnets - titanium arts
Ironing the dental implants Stainless 메리트 카지노 쇼미 더벳 Steel Magnets (4-Pack). Made in Germany. The Titanium Arts Stainless Steel Magnets are an 실시간카지노 alloy made of steel in stainless 우리 계열 더킹 카지노 steel 샌즈 카지노

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review