Sahabat

Halaman

24 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 145 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 24, 2020
Assalamualaikum wbt


Ahad : 24/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-68

Syawal : Hari Pertama

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua... Hari ni aku beraya dia rumah mak abah aku kat Felda Pemanis Satu, Segamat... Aku kat sini dengan anak2 aku jer.. asben aku sambut raya kat Kota Tinggi.. settle pagi ni aku nak terus gerak balik Kota Tinggi. Sian asben aku... Walaupun kat sana ada mak abah dia dan juga keluarga adik dia, tapi mesti tak sama kalau isteri dengan anak2 takder sama. Hampir 15 tahun kawin ni kali pertama tak sambut pagi raya bersama...

Pagi2 lagi mak aku dah bising kat aku suruh kemas2 cepat... Biar dapat balik kota tinggi secepat mungkin. Risau betul mak aku dengan menantu dia kena sambut raya sorang kat sana. Aku rilek2 jer... Saja nak balas dendam. Tahun lepas walaupun sambut raya dengan asben, tapi lepas settle semua asben aku boleh pulak pergi kerja.. akhirnya aku dengan anak2 ikut asben pergi kerja... Siap jer kerja dia, kami lepak dia Aeon Tebrau City... Cuci mata di hari raya pertama!


Menu pagi raya...
Kuah lodeh

Ayam Masak Kicap

Sambal Kacang

Rendang Daging

Favourite aku ni... Lemang Periuk Kera.. sedap weyhhh. Aku tapau sikit bawak balik Kota Tinggi

Nyum Nyum

Raya tahun ni... Takbir raya.. Solat Raya... Khutbah Raya... Dan tahlil. Semua buat kat rumah.

Khutbah Raya by abahku.. 

Jelingan Mak Buyong..


Dengan abah

Dengan mak dan sulong


Si sulong yang kuat berangan


Arissa... Sedih dia dah nak kena tinggalkan rumah nenek... 

Payah beno nak ajak dia bergambar


Masa untuk gerak balik Kota Tinggi

Sampai rumah kota tinggi, sambung makan lagi bekalan yang mak bagi tadi...


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



24/05/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review