Sahabat

Halaman

16 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 229 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 16, 2020

Assalamualaikum wbt


Ahad : 16/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-152

Heaven betul time cuti ni kalau tak ada apa program lain. Nak pergi hiking pun macam tak confident dah sekarang.. stamina takder.. nak panjat bukit-bukit yang rendah pun berfikir banyak kali.


Mee tu, mee lebih semalam aku panaskan dan tambah tauge jer... nak buang, sayang pulak.. tak elok membazir.. depan tu, donut tak jadi. First time aku buat donut tak jadi.. mungkin sebab tersilap teknik dan aku buat dalam keadaan nak cepat. Tak gebu jadinya...

Petang pulak aku pergi ke Giant Kota Damansara... asalnya nak pergi beli kasut putih untuk aktiviti Perkep Selasa ni.. malangnya kedai kasut tu dah tutup... dulu aku pernah beli kasut kat kedai tu dan aku pakai memang selesa.. tu yang ingat nak beli lagi... malangnya kali ni takder rezeki aku. Takperlah.. esok aku cuba cari kat Summit USJ...

Pantang tengok kek.. tapi tak beli pun...

Balik dari Giant singgah Uptown Kota Damansara tapau Nasi Tiga Budak Gemuk. 

Erm. RM9 tapi aku dapat tengkuk, kepak part yang hujung tu jer, pastu dua ketul kecil ayam yang daging sikit sangat. Minta extra shot ( tambah RM1 ) tapi macam takder extra jer.. Erm... erm.. erm.. aku rasa macam tak berbaloi jer. Bukan tak bersyukur tapi aku rasa macam... tak puas! hahahah.. pasni kena beli yang extra montel tu la.. baru berbaloi. haha

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review