Sahabat

Halaman

18 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 231 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 18, 2020
Assalamualaikum wbt


Selasa : 18/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-154

Hari ni aku terlibat dengan program PERKEP sempena dengan Lawatan Kerja Ketua Polis Selangor ke IPD Subang Jaya. Kali ni tak boleh nak elak dah... Kena juga sebab nama aku dah naik sebagai penyambut tetamu... Maka ber krik krik krik lah aku... Bukan aku tak nak join, tapi baju kurung PERKEP aku dah makin mengecil di samping kasut putih aku yang dah reput dan tudung putih aku yang dah tak berapa nak putih akibat daripada jarang pakai.

Pagi masa isi minyak kat Shell, aku ternampak donut ni. Sekarang aku memang ketagih nak makan donut, tak tau kenapa. Pantang tengok donut. So aku beli la satu set ni. Makan dua biji cukup untuk aku alas perut sebagai sarapan.

Aku dan dan beberapa AJK Perkep Tertinggi SJ di tempatkan di bahagian depan ni, bawah tempat parking kereta big bos. Boleh lah aku cuci mata tengok kawan2 buat kawalan kehormatan. Lain-lain ajk Perkep di tugaskan menunggu di rumah Perkep yang terletak di tingkat 2 Kuarters Polis IPD Subang Jaya. 

Abis kawalan kehormatan, aku tak join diorang iring Datin untuk bersarapan di bilik GTR bawah. Kenyang makan donut tadi... So aku dengan kak Sariha terus naik ke rumah Perkep untuk join diorang sambut Datin di atas.


Masa tunggu ketibaan KP Selangor dan isteri masa kat perkarangan IPD tadi, sempat la aku melaram dengan bunga segar yang akan di berikan kepada Datin. Belakang tu Inspektor Najah, suka sangat jadi photobomber. Suka betul menyakat. Hahaha

Ketibaan Dato' KP Selangor dan isteri

SJ Cops Dancer...


Cek suhu dulu. Apa2 kena utamakan SOP dulu yer. .

Cantik jelita Datin ni. Muka lembut jer... Cara bercakap pun lembut. Suka aku tengok 


Ucapan...

Bacaan tahlil dan yasin


Sumbangan kepada kanak2 OKU...


Potluck. Tapi aku tak sumbang apa pun. Tau saat akhir, memang aku tak sempat masak / order apa pun. Tapi syukurlah masing2 sporting. Memang banyak makanan hari ni sampai ada yang bawa balik sebab banyak lebih.

Ni kira makan tengahari aku la... Sebab makan dah pukul 12 lebih.. Alhamdulillah kenyang sangat

Dengan isteri bos trafik aku..
Pn. Qisnoe.. puan ni make-up artist tau. Banyak job dia dengan selebriti terkenal. Dah ada cucu pun muka maintain muda... Jeles aku. Hehe


Sebab tadi aku dah makan banyak, so malam ni aku goreng keropok lekor je.

Alhamdulillah. Kenyang

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review