Sahabat

Halaman

25 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 238 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 25, 2020
Assalamualaikum wbt


Selasa : 25/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-161

Petang ni lepas kerja aku akan balik Johor. Tiket bas tak beli-beli sebab tak sure pukul berapa aku dapat gerak pergi TBS dari ofis. Dalam pada tangguh, tetiba tadi aku buat keputusan untuk bawak kereta jer balik sana. Yerla.. berapa banyak barang yang aku aak kena angkut naik bas. Kerepek je dah empat kilo lebih. Kek lagi .. beg baju lagi. Bawak diri lagi... Tu yang aku bawak kereta je.


Minta bos untuk aku half day.. dia okay je asalkan aku isi borang. Alhamdulillah. Pukul 1 lebih aku dah gerak dah.

Singgah Petronas USJ 22 jap isi minyak dah TnG.

Jem!

Sempat singgah Gerobok Salai @ Sabak Salai kat Pedas. Banyak kali juga aku kalau balik Johor singgah makan kat sini. Memang sedap.

Menu pilihan aku. Daging salai masak lemak cili api. Dulu kini dan selamanya...

Senarai menu dan harga 


Teruskan perjalanan...

Singgah Kluang dulu hantar popia dan kek kat adik aku, Adah.

Bayam Brazil yang aku beli kat Ina. Satu bekas aku dah makan masa dalam perjalanan tadi. Buat kudapan.. yang ni saja aku aku nak suruh anak aku makan. Diorang ni sejenis yang susah nak makan sayur. Tapi bila aku bagi bayam brazil ni, berebut pulak diorang makan.

Sebelum asben aku balik, aku aku minta dia beli Mee Bandung dulu kat kedai kawan dia ni kat dalam kampung. Mee Bandung dia memang sedap.
Menu wajib kalau aku balik sana. Mesti beli kalau warung bukak.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review