Sahabat

Halaman

24 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 237 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 24, 2020
Assalamualaikum wbt


Isnin : 24/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-160


Monday blues again and again and again and again.

Sebenarnya... Dari petang semalam aku tiba-tiba demam. Tak tau lah kenapa. Badan tiba-tiba panas. Kepala sakit yang teramat sangat. Aku siap awal2 bagitau member2 opis aku takut tetiba hari ni aku ter ambil cuti kecemasan atau MC. Sekurang-kurangnya standby la plan kalau tak cukup orang memandangkan Sjn Adam dengan Kak Sariha cuti hari ni.

Syukur Alhamdulillah bangun tidur pagi ni kepala aku rasa lega sangat. Itupun sebelum tidur aku telan panadol dulu. Bangun pagi ni aku rasa macam sihat sangat. So tak jadilah nak ambil cuti kecemasan / MC hari ni.

Cantik sangat langit pagi ni. Memandangkan henpon aku henpon cap ayam, maka pemandangan yang di rakam tak sama seperti apa yang nak di ceritakan. Tak sampai... Tapi takper lah. Yang penting aku dapat lihat dan rasa keindahan langit hari ni.

Rupanya ramai juga kawan2 aku yang perasan keadaan langit hari ni. Ramai betul yang update kat status wasap. Tapi gambar yang diorang ambil memang cantik2. Guna henpon mahal... Memang tak leh nak bandingkan la dengan henpon aku.

Sis redho jer la... Pasrah itu berserah. Guna apa yang kita termampu je. Yang aku pakai sekarang henpon OPPO harga seringgit. Pakej untuk kakitangan kerajaan. Bulan2 bil RM60.

Bolehlaaaaa. Tapi kalau sapa2 nak hadiahkan aku henpon mahal, bolehlah PM aku ya.

 Ngeeeeeeeeee!

Gian pulak nak makan nasi lemak. Hari ni tapau kat gerai depan sekolah menengah Seafield.

Bolehlah...

Hampeh tul. Lepas makan nasi lemak kepala aku tingtong semula. Kolestrol tinggi ke ni? Tak pasal2 aku kena check in time kerja. Check in kat celah2 almari yang dah macam bilik stor ni. Nasib baik ada kerusi malas Sarjan Adam. Selesa sikit. Kaki pulak letak atas kerusi putih tu. Tidur berjam2 pun aku sanggup.

Permohonan pertukaran aku akhirnya sampai ke peringkat terakhir. Semoga ada rezeki aku nak transfer balik Johor kali ni. Mudah-mudahan... Aminnn

Balik menyinggah kedai bahan bakeri lagi


Menu untuk malam ni...

Projek malam ni.. kek tapak kuda


Sedap hoi!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review